Aplikasi Telegram Dibuang Daripada AppStore – Akan Kembali Selepas Mematuhi Terma AppStore

Aplikasi Telegram Dibuang Daripada AppStore – Akan Kembali Selepas Mematuhi Terma AppStore

Diterbitkan pada Feb 1, 2018 oleh .

Telegram Messenger merupakan salah satu aplikasi permesejan popular yang digunakan ramai seluruh dunia. Baru-baru ini, pihak Telegram turut telah hadir dengan Telegram X yang menawarkan sejumlah fungsi eksperimental baru, dan beroperasi lebih pantas berbanding yang sedia ada.

Namun, sedikit mendukacitakan buat hari ini, apabila aplikasi Telegram Messenger dibuang daripada App Store. Buat masa ini, hal ini adalah sementara, dan aplikasi Telegram Messenger dijangka kembali dalam masa terdekat.

Menjawab hal ini di Twitter, pengasas Telegram mengatakan hal ini disebabkan oleh Apple mendapati terdapat kandungan yang tidak sepatutnya pada aplikasi berkenaan – sekaligus membuatkan mereka membuang aplikasi tersebut daripada App Store. Telegram Messenger dijangka kembali selepas mengatasi masalah berkenaan.

Buat masa ini, pengguna sedia ada Telegram Messenger masih boleh menggunakannya seperti biasa tanpa masalah.


TIPS & ULASAN