Cari @ Amanz

Hari ini, Facebook telah berkongsi penyata kewangan untuk suku tahun ke-4 2017 yang lepas, dimana ia menyaksikan angka pengguna terus meningkat, tetapi masa yang dihabiskan sedikit berkurangan berbanding sebelum-sebelum ini.

Selain daripada itu, Mark Zuckerberg turut menekankan kepada salah satu perkara yang berubah pada penggunaan Facebook, dimana mereka menyasarkan perkongsian Stories dijangka mengatasi perkongsian biasa di Feed.

Instagram Stories

Seperti ramai sedia maklum, sebelum ini ramai yang berkongsi melalui News Feed dalam bentuk teks, gambar, pautan, video dan sebagainya. Ia juga adalah kandungan yang dilihat ramai apabila log masuk ke Facebook sendiri.

Kini, dengan beberapa perubahan algoritma yang dilakukan oleh Facebook – mereka turut melihat lebih ramai berkongsi Stories berbanding pada News Feed seperti sebelumnya.

Stories

Sekiranya perkara ini berterusan, maka tidak mustahil untuk kita melihat Facebook memperkenalkan beberapa perubahan antaramuka dan bagaimana laman sosial berkenaan beroperasi – termasuk dari segi pengiklanan dan sebagainya.

Bagi anda sendiri, adakah anda mengemari perkongsian biasa di Facebook, atau perkongsian melalui Stories – seperti melalui Facebook Stories, Instagram Stories atau WhatsApp Status?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd