Cari @ Amanz

Luno hari ini telah mengemaskini halaman status mereka, dan menyatakan mereka telah mengadakan pertemuan yang positif dengan pihak LHDN. Luno mengatakan mereka akan berkongsi lanjut mengenai pelbagai kemaskini dalam masa terdekat.

Bagi yang tidak mengenali akan Luno, ia merupakan salah satu penyedia perkhidmatan penukaran kriptowang, dimana mereka membolehkan pengguna tempatan untuk mendapatkan dan menjual Bitcoin serta Ethereum melaluinya.

Luno

Sebelum ini, pada bulan lepas, akaun bank Luno telah dibekukan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri – sekaligus memberikan impak terhadap pengguna tempatan yang ingin melakukan pertukaran dan sebagainya.

Ia dikatakan ketika itu yang mana pihak LHDN meminta informasi berkaitan pengguna tempatan daripada Luno.

Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai perkembangan Luno ini dalam minggu-minggu akan datang.

Luno Status

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd