Instagram Kini Membolehkan Anda Berkongsi Hanya “Teks” Pada Stories

Instagram Kini Membolehkan Anda Berkongsi Hanya “Teks” Pada Stories

Diterbitkan pada Feb 2, 2018 oleh .

Instagram hari ini memperkenalkan mod baru pada Instagram Stories, iaitu “Type Mode”. Melalui ciri baru ini, ia membolehkan anda berkongsi hanya teks sahaja pada Instagram Stories, dan bukan terhad kepada gambar dan video semata-mata seperti sebelum ini.

Instagram Type Mode

Kini, apabila anda membuka kamera untuk Instagram Stories, anda akan melihat sebuah pilihan baru dinamakan “Type”. Dengan memilihnya, anda boleh menaip teks yang dikehendaki, memiliki muka-taip, dan seterusnya memilih warna latar untuknya.

Pengenalan ciri baru ini sekaligus membolehkan anda berkongsi sesuatu pandangan dengan lebih mudah tanpa perlu merakamkan gambar atau video seperti sebelum ini.

Ciri baru ini diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna Instagram di Android dan iOS bermula hari ini. Kemaskini aplikasi anda, dan nikmati ciri baru ini.


TIPS & ULASAN