Sony Akan Menawarkan Kemaskini Android Untuk Telefon Berspesifikasi Tinggi Selama 2 Tahun

Sony Akan Menawarkan Kemaskini Android Untuk Telefon Berspesifikasi Tinggi Selama 2 Tahun

Diterbitkan pada Feb 2, 2018 oleh .

Google sedia mengalakkan pengeluar peranti Android untuk menyokong telefon pintar keluaran masing-masing selama sekurang-kurangnya 18 bulan. Namun, tidak semua yang melakukan perkara berkenaan, malah ada yang tidak menawarkan sebarang kemaskini perisian langsung.

Tetapi, perkara berkenaan tidak bagi Sony. Terkini, melalui kemaskini polisi baru Sony Xperia, pengeluar peranti berkenaan mengatakan mereka akan menawarkan kemaskini Android terkini selama dua tahun selepas sesuatu peranti utama dilancarkan.

Sony masih tidak menjanjikan perkara sama untuk peranti berspesifikasi pertengahan dan rendah mereka buat masa ini.

Pada masa yang sama, Sony turut mengatakan mereka tidak akan menawarkan kemaskini untuk peranti sekiranya ia tidak mencapai piawaian atau pengalaman pengguna yang baik selepas naik-taraf.

Dengan pengenalan polisi baru ini, ia mungkin akan membuatkan lebih ramai mendapatkan peranti Xperia terkini – apatah lagi dengan pelbagai kerentanan dan masalah sekuriti baru yang ditemui dan memerlukan kemaskini perisian serta-merta untuknya


TIPS & ULASAN