Cari @ Amanz

Discord merupakan salah satu aplikasi permesejan dan komunikasi yang popular dikalangan peminat permainan video. Aplikasi berkenaan sendiri menawarkan sokongan komunikasi berasaskan audio atau video, dan terkini, mereka bekerjasama dengan Spotify untuk membolehkan anda mendengar lagu daripada Spotify ketika menggunakan Discord.

Spotify Discord

Buat masa ini, ciri ini hanya terhad untuk pengguna Spotify Premium sahaja. Dengan menggunakannya, anda boleh mendengar sesuatu lagu bersama-sama dengan rakan yang lain melalui Discord. Memandangkan Discord sering berjalan pada latar ketika anda sedang bermain permainan video, ia sekaligus membolehkan anda turut mendengar lagu ketika sedang berlawan dengan musuh secara atas-talian.

Bagi anda yang mempunyai akaun Discord dan Spotify Premium, boleh mencuba ciri baru ini hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd