Jualan iPhone Pada Suku Tahun Lepas Berkurangan

Jualan iPhone Pada Suku Tahun Lepas Berkurangan

Diterbitkan pada Feb 2, 2018 oleh .

Apple hari ini telah mengeluarkan penyata kewangan mereka untuk suku tahun lepas, dimana ia memperlihatkan jualan iPhone berkurangan pada suku tahun lepas. Perkara ini boleh dikatakan mengejutkan ramai, apatah lagi memandangkan ia turut meliputi musim percutian penghujung tahun yang sering menyaksikan ramai membeli peranti baru.

Daripada data yang dikeluarkan, Apple telah menjual 77.3 juta iPhone pada suku tahun lepas, sedikit berkurangan berbanding tahun lepas yang menyaksikan 78.3 juta iPhone.

Walaubagaimanapun, apa yang menariknya, walaupun angka kuantiti jualan berkurangan, namun Apple menjana pendapatan jualan yang lebih tinggi. Hal ini mungkin kerana harga iPhone X yang lebih tinggi – sekaligus menjana lebih banyak pendapatan berbanding sebelum ini.


TIPS & ULASAN