Cari @ Amanz

Instagram sebelum ini sedia menyokong paparan iklan pada Instagram Stories – tetapi hanya terhad kepada satu “slot” sahaja, sama ada gambar atau video. Terkini, hari ini penyedia perkhidmatan perkongsian gambar popular berkenaan melakukan perubahan, dan mengatakan pengiklan boleh menambah sehingga tiga gambar atau video pada iklan Instagram Stories.

Melalui penawaran ini, ia sekaligus membolehkan para pengiklan memaparkan iklan yang lebih kreatif dan tidak terhad hanya kepada satu sahaja seperti sebelum ini.

Untuk pengguna pula, kini anda akan melihat lebih banyak iklan yang memerlukan anda tap kanan untuk melangkauinya, atau swipe sekiranya tidak ingin melihatnya.

Kita mungkin akan melihat penggunaan iklan ini secara meluas dalam beberapa minggu lagi di Instagram.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd