Cari @ Amanz

Jika anda mencari pengganti pengecas USB-C untuk komputer riba anda, lebih baik dan selamat jika anda memilih pengecas yang penganti versi asli yang dikeluarkan oleh pengeluar komputer riba anda.

Tetapi jika ianya sukar untuk didapatkan, anda boleh juga menggunakan pengecas-pengecas jenama lain yang masih berasaskan UBS-C seperti Anker, Innergie’s ataupun yang lebih premium jenama Apple. Pada artikel kali ini, kami senaraikan beberapa set pengecasan yang mempunyai sokongan cas melalui USB-C yang sesuai digunakan pada hampir kebanyakkan komputer riba yang menyokongnya.

1. Innergie’s PowerGear USB-C 45

Innergie Power Gear USB-C 45

Jika komputer riba anda mempunyai pengecas yang kurang 45W dan anda mahu jimat duit, Innegrie’s PowerGear USB-C 45 adalah pilihan yang kami cadangkan. Ia menyokong hampir semua komputer riba yang menggunakan USB-C untuk mengecas, termasuk Macbook. Pengecas ini berfungsi seperti yang diiklankan dan juga sangat kompak dan jimat ruang. Lagi menarik, pengecas ini sudah mempunyai kabel USB-C secara terbina dan tidak boleh dicabut. Anda boleh dapatkan pengecas ini di Lazada pada harga serendah RM185.

2. Set Pengecas Rasmi USB-C Apple

Apple 61W USB-C Power AdapterPengecas rasmi daripada Apple ini hadir dengan sokongan pengecasan kuasa 61W (61 Watt) dan berharga RM299. Pengecas komputer riba ini boleh digunakan pada sebarang peranti yang menyokong USB-C. Set pengecas dari Apple ini mungkin bukan yang termurah, tetapi ianya boleh di dapati dari mana-mana kedai rasmi Apple berdekatan, selain bersaiz kompak dan menawarkan rekaan elegan. Walaupun kabel yang dijual ini pendek (kurang 1 meter), tetapi ianya boleh disambungkan dengan kabel penyesuai Power Adapter Extension Cable yang dijual berasingan pada harga RM89.00.

3. Tronsmart 60W USB-C 5-Port Desktop PD Charger

Tronsmart

Pengecas 60W dari Tronsmart ini adalah antara paling besar saiznya dalam senarai kali ini. Ia agak besar dan mungkin tidak begitu sesuai untuk dibawa kemana-mana. Tetapi jika anda mencari pengecas yang sentiasa diletakkan di meja ini adalah pilihan terbaik. Ia mempunyai kuasa pengecasan USB-C sebesar 60W, iaitu hampir sama dengan jenama Apple. Ia juga mempunyai 4 port pengecasan USB-A tambahan dengan teknologi VoltIQ untuk anda cas gajet-gajet lain anda. Anda boleh dapatkan pengecas ini secara rasmi di Lazada pada harga RM179.

Jadi, ini adalah antara pengecas menarik yang boleh anda gunakan sebagai alternatif sekiranya pengecas komputer riba anda rosak ataupun memerlukan pengganti. Sekiranya anda mempunyai pilihan anda tersendiri, jangan lupa kongsikannya bersama kami melalui ruangan komen dibawah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd