Xiaomi Redmi 5 Dan Redmi 5 Plus Mula Ditawarkan Di Malaysia – Harga Bermula RM679

Xiaomi Redmi 5 Dan Redmi 5 Plus Mula Ditawarkan Di Malaysia – Harga Bermula RM679

Diterbitkan pada Feb 2, 2018 oleh .

Xiaomi Redmi 5 dan Redmi 5 Plus merupakan dua telefon pintar terbaru Xiaomi yang hadir dengan rekaan skrin pada nisbah 18:9. Selepas dinantikan sekian lama, kini set rasmi Malaysia telah mula dijual pada harga bermula RM679.

XiaomI Redmi 5

Xiaomi Redmi 5 hadir dengan skrin 5.7-inci IPS LCD FHD+, dilengkapi cip Snapdragon 450, memori 3GB RAM, storan 32GB dan bateri berkapasiti 3300mAh. Untuk rakaman gambar ia menggunakan kamera belakang 12-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel. Di Malaysia, ia ditawarkan pada harga RM679 dengan jaminan rasmi Xiaomi Malaysia.

Xiaomi Redmi 5 Plus pula menawarkan skrin sedikit besar, iaitu 5.99-inci IPS LCD FHD+, dilengkapi cip Snapdragon 625, memori 3GB RAM, dan storan 32GB. Ia hadir dengan bateri 4000mAh, dan penawaran kamera lebih kurang sama seperti Redmi 5. Redmi 5 Plus ini ditawarkan pada harga RM749.

Beberapa penjual tempatan telah mula menawarkannya bermula hari ini. Pihak Xiaomi Malaysia sendiri masih belum mengumumkannya, dan mungkin melakukannya secara rasmi pada minggu hadapan.


TIPS & ULASAN