Huawei Mengemaskini Harga Jualan Huawei Nova 2i – Kini Berharga RM1099

Huawei Mengemaskini Harga Jualan Huawei Nova 2i – Kini Berharga RM1099

Diterbitkan pada Feb 2, 2018 oleh .

Huawei Malaysia hari ini mengemaskini harga jualan telefon pintar Huawei Nova 2i mereka, yang mana ia kini dikurangkan sebanyak RM200, sekaligus membawa harga peranti berkenaan pada RM1099. Harga jualan baru ini berkuat-kuasa bermula 3 Februari 2018 ini, iaitu esok.

Huawei Nova 2i merupakan telefon pintar yang popular kerana rekaan skrin pada nisbah 18:9, selain turut menyertakan dwi-kamera dihadapan dan juga dwi-kamera belakang. Ia telah menerima permintaan yang tinggi ketika pelancarannya di Malaysia sebelum ini.

Dari segi spesifikasi, Nova 2i menyertakan skrin 5.92-inci pada resolusi 2160×1080 pixel, menggunakan cip Kirin 659, memori 4GB RAM, dan ruangan storan 64GB. Untuk kamera hadapan, ia menyertakan kamera 13-megapixel dan 2-megapixel, sementara untuk kamera belakang ia menggunakan gabungan kamera 16-megapixel dan 2-megapixel.

Bagi anda yang berhasrat mendapatkannya, boleh membeli Huawei Nova 2i ini pada harga RM1099 di Malaysia.


TIPS & ULASAN