Cari @ Amanz

Luno merupakan salah satu penyedia perkhidmatan penukaran kriptowang yang telah digunakan ramai, termasuk di Malaysia. Bagi anda yang mengikuti perkembangannya, anda mungkin sedia maklum yang akaun bank Luno telah dibekukan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri pada bulan lepas.

Luno

Kini, lanjutan daripada pertemuan pihak Luno dan LHDN, hari ini Luno mengumumkan yang mana LHDN telah bersetuju untuk nyah-beku akaun bank milik Luno, sekaligus membolehkan mereka meneruskan transaksi seperti sebelum-sebelum ini.

Luno mengatakan LHDN dalam proses menamatkan siasatan, dan mereka turut akan bekerjasama dengan Maybank untuk memastikan akaun mereka kembali beroperasi aktif.

Buat masa ini, Luno tidak memberikan sebarang tarikh berkaitan hal ini, dan menjanjikan bakal berkongsi lanjut mengenai perkembangan ini sebaik sahaja mereka mendapat pengesahan berkaitan akaun bank.

Luno LHDN

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd