Pengguna Microsoft Surface Pro 4 Melaporkan Masalah Skrin Berkelip-Kelip

Pengguna Microsoft Surface Pro 4 Melaporkan Masalah Skrin Berkelip-Kelip

Diterbitkan pada Feb 3, 2018 oleh .

Microsoft Surface ialah jawapan Microsoft untuk menentang kebangkitan tablet. Produk bersaiz padat ini memberikan kemampuan setanding komputer riba tetapi dalam saiz setanding tablet-tablet popular di pasaran. Terkini ribuan pemilik Surface Pro 4 melaporkan masalah skrin berkelip-kelip apabila peranti menjadi panas. Ini menyebabkan laman Flickergate dibuka bagi mengumpulkan kesemua pengguna yang terjejas.

Menurut laman Flickergate, sebanyak 1600 pengguna Surface Pro 4 telah melaporkan mengalami masalah ini. Skrin berkelip-kelip apabila peranti menjadi panas. Antara penyelesaian yang dilakukan ialah memasukkan peranti ke dalam ruangan ais mesin sejuk. Majoriti pengguna kesal dengan maklum balas dari Microsoft yang dikatakan kurang memuaskan.

Antara penyelesaian yang diberikan ialah menggantikan skrin dengan kos baik pulih sekitar $800. Pengguna kini menggesa Microsoft untuk menarik semula jualan Surface Pro 4 yang bermasalah dan melakukan baik pulih secara percuma. Adakah pembaca Amanz yang pernah mengalami masalah skrin berkelip-kelip ini?


TIPS & ULASAN