Carian
Apple Umum Program Baik-Pulih Untuk iPhone 7 Dengan Masalah Paparan Sambungan Rangkaian
February 3, 2018 Aman

Apple kini telah mengenal-pasti sejumlah kecil iPhone 7 yang mempunyai masalah pada paparan rangkaian – dimana ia akan memaparkan “No Service” pada bar status, walaupun ketika mempunyai sambungan rangkaian selular. Apple mengatakan hal ini berlaku kerana masalah komponen pada peranti berkenaan, dan menawarkan khidmat baik-pulih untuknya.

Model yang terkesan adalah yang dijual antara September 2016 hingga Februari 2018 ini di beberapa buah negara, termasuk China, Hong Kong, Jepun, Macao, dan juga Amerika Syarikat.

Set tempatan tidak terkesan dengan masalah ini buat masa ini. Namun, sekiranya anda membeli set import untuk iPhone 7 tempoh hari (terutamanya daripada Hong Kong), maka kebarangkalian iPhone 7 anda terjejas sama adalah tinggi.

Komen