Cari @ Amanz

Kini kebanyakan telefon pintar telah mempunyai sokongan pengecasan tanpa-wayar terbina, termasuk antaranya adalah telefon pintar keluaran Samsung dan juga Apple. Terdapat pelbagai jenis pengecas tanpa wayar berada di pasaran. Tetapi manakah yang terbaik dan berbaloi untuk digunakan bagi mengecas peranti anda? Di sini kami senaraikan beberapa pengecas tanpa-wayar yang sesuai untuk kebanyakan peranti.

Samsung EP-NG930

Samsung Wireless Charger

Pengecas tanpa-wayar daripada Samsung ini bukan sahaja mampu mengecas peranti anda pada kadar yang agak laju, tetapi ia juga tampak menarik dan elegan. Ia hadir dengan pilihan warna hitam dan juga putih, sekaligus memudahkan anda memadankan ia dengan mudah bersama telefon atau aksesori anda yang lain. Ia mempunyai gegelang getah pada bahagian pengecasan untuk memberi grip tambahan untuk peranti yang mempunyai kerangka kaca di belakang. Tetapi anda perlu memastikan kedudukan peranti dan pengecas adalah selari untuk mengecas. Anda boleh dapatkan pengecas ini di Lazada pada harga bawah RM100.

Tronsmart WC01 AirAmp

Tronsmart WC01 AirAmpHampir sama dengan penawaran Samsung di atas, pengecas tanpa wayar dari Tronsmart ini menyokong pengecasan tanpa wayar pada kadar yang laju. Membezakan dengan jenama Samsung di atas adalah dari segi rekaan, dimana Tronsmart WC01 ini membenarkan anda mengecas peranti anda secara menegak. Selain itu, ia juga mempunyai ruang udara untuk mengurangkan haba ketika mengecas. Harga rasmi pengecas tanpa wayar ini di Malaysia ialah RM199 dan ia dijual melalui Lazada dan juga Shopee.

Samsung EP-PG950

Samsung Fast Charging

Jika anda inginkan pengecas tanpa wayar yang lebih premium, Samsung EP-PG950 ini adalah salah satu pilihan yang kami cadangkan. Ia mempunyai kemasan premium yang seakan kulit sekaligus memberikan grip tambahan. Selain itu, untuk menguasakan pengecas tanpa wayar ini, ia menggunakan USB-C dan juga mempunyai kadar pengecasan yang laju. Harganya RM339 dan anda boleh dapatkannya di secara rasmi di Lazada ataupun kedai-kedai Samsung yang rasmi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd