Penstriman Langsung iFlix Menghadapi Masalah Disebabkan Permintaan Yang Tinggi

Penstriman Langsung iFlix Menghadapi Masalah Disebabkan Permintaan Yang Tinggi

Diterbitkan pada Feb 3, 2018 oleh .

iFlix merupakan perkhidmatan penstriman video popular yang popular dengan penawaran VOD (Video On-Demand) terdiri daripada siri-TV dan juga filem. Hari ini, mereka membuat sedikit perubahan, dan turut menyertakan siaran secara langsung untuk perlawanan bola sepak melalui platform mereka.

Namun, sedikit mendukacitakan kerana pelayan mereka dilihat kurang dapat menampung permintaan tinggi dikalangan penonton, sekaligus membawa kepada masalah ketika siaran langsung Piala Sumbangsih yang berlangsung sejak pukul 9 malam hari ini.

Masalah teknikal ini mungkin disebabkan oleh pelayan yang tidak bersedia untuk menampung siaran secara langsung dengan angka penonton yang tinggi pada platform mereka.

Pihak iFlix sendiri telah mengeluarkan kenyataan dan mengatakan mereka menghadapi masalah penstriman, dan sedang melakukan yang terbaik untuk memperbaiki siaran.

Mungkin dengan data dan angka penonton yang dicatatkan hari ini untuk siaran langsung bola sepak, pihak iFlix akan lebih bersedia dari segi kapasiti dan sebagainya untuk siaran-siaran selepas ini.


TIPS & ULASAN