HP Sprocket 2-dalam-1 – Pencetak Bersama Kamera Terbina Kini Di Malaysia, Berharga RM649
HP

HP Sprocket 2-dalam-1 – Pencetak Bersama Kamera Terbina Kini Di Malaysia, Berharga RM649

Diterbitkan pada Feb 4, 2018 oleh .

HP Malaysia pada tahun lepas telah mengatakan yang mana mereka akan mula menawarkan HP Sprocket 2-dalam-1 untuk pasaran Malaysia, dan kini ia telah boleh mula didapati pada harga RM649.

Seperti ramai sedia maklum, HP Sprocket adalah pencetak mudah-alih daripada HP yang memudahkan anda mencetak gambar daripada telefon pintar terus melaluinya. Untuk generasi kedua Sprocket ini, HP turut mengintegrasikan sokongan kamera terbina. Perkara ini sekaligus membolehkan anda menggunakan Sprocket untuk merakamkan gambar dan terus mencetak melaluinya.

Selain daripada itu, seperti generasi awal, pengguna turut boleh menghubungkan telefon pintar ke Sprocket untuk mencetak gambar kegemaran mereka.

HP Sprocket 2-dalam-1 ini menggunakan kertas berasaskan ZINK untuk mencetak. Generasi kedua ini hadir pada perbezaan harga RM50 berbanding sebelumnya, dimana ia boleh didapati di Malaysia pada harga RM649.

Beli : HP Sprocket 2-dalam-1


TIPS & ULASAN