Spotify Mula Memaparkan Kredit Kepada Penulis Lagu

Spotify Mula Memaparkan Kredit Kepada Penulis Lagu

Diterbitkan pada Feb 5, 2018 oleh .

Rock Kapak ialah genre yang masih lagi popular walaupun sudah berusia lebih tiga dekad. Lagu-lagu di dalam genre ini malar hijau kerana menjadi pilihan ketika sesi karaoke. Ramai yang tahun setiap bait lagu tetapi tidak banyak mengenali insan yang bertanggungjawab menulisnya mungkin kecuali M Nasir dan Loloq. Realitinya penyanyi tidak boleh popular tanpa  penulis seperti JS Kevin, Ooi Eow Jin dan Habsah Hassan.

Spotify telah mengumumkan akhirnya menyokong fungsi memaparkan nama penulis lagu. Ini boleh diakses dengan melakukan klik kanan pada lagu yang didengari. Buat masa ini hanya sebilangan kecil lagu menyokong fungsi ini pada Spotify desktop. Kredit kepada penulis bergantung kepada datameta yang diberikan oleh syarikat rakaman.


TIPS & ULASAN