SKMM : Purata Kelajuan Muat-Turun Jalur-Lebar Tanpa Wayar Adalah 15.50Mbps, Maxis Terbaik

SKMM : Purata Kelajuan Muat-Turun Jalur-Lebar Tanpa Wayar Adalah 15.50Mbps, Maxis Terbaik

Diterbitkan pada Feb 5, 2018 oleh .

Disamping berkongsi data mengenai jalur-lebar talian tetap, pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) turut telah berkongsi Laporan Prestasi Rangkaian 2017 untuk jalur-lebar tanpa wayar.

Daripada data yang dikongsikan, SKMM menekankan yang mana penyedia perkhidmatan mampu menawarkan kelajuan muat-turun melebihi 650kbps dipelbagai kawasan seluruh negara secara konsisten. Secara purata, Maxis menawarkan kelajuan muat-turun paling tinggi, iaitu mencapai 25.6Mbps, dan kelajuan melebihi 650kbit/s paling konsisten berbanding menyedia perkhidmatan lain. Maxis juga turut mempunyai kadar kehilangan paket yang paling rendah, iaitu 0.13% berbanding beberapa penyedia perkhidmatan lain.

SKMM 2017

Untuk makluman, sebelum ini, Maxis turut menduduki tangga teratas untuk tahun 2016, dan kini mereka mengungguli carta sekali lagi untuk tahun 2017.

Dari segi kadar kependaman rangkaian, Digi menduduki tangga teratas dengan kadar 37.79ms, dan Maxis pada tangga kedua dengan kadar 47.57ms.

SKMM 2017

SKMM mengatakan yang mana secara ringkasnya semua penyedia perkhidmatan mematuhi keperluan piawaian mandatori yang ditetapkan untuk tahun 2017 yang lepas.

Pemberi perkhidmatan yang menyediakan jalur lebar tanpa wayar mampu menampung kelajuan muat-turun melebihi 650 kbps secara konsisten di kawasan yang diukur di seluruh negara. Bagi kawasan yang mempunyai masalah, pemberi perkhidmatan yang berkaitan dijangka menjalankan penambahbaikan rangkaian di kawasan berkenaan. Maxis mengungguli carta kelajuan muat turun untuk semua wilayah. Memaparkan prestasi yang baik dari segi menyediakan kelajuan internet yang pantas di semua kawasan yang diukur. Hasil keputusan kependaman rangkaian telah menunjukkan bahawa DiGi mempunyai respons terpantas dalam empat (Tengah, Selatan, Utara & Sabah) daripada enam wilayah yang diukur. Manakala Celcom dan Maxis mempunyai peratusan kehilangan paket terendah masing-masing dalam dua wilayah. Purata kelajuan muat-turun di seluruh negara untuk jalur lebar mudah-alih di semua wilayah ialah 15.50 Mbps.


TIPS & ULASAN