KGI – Kesemua iPhone 2018 Akan Menggunakan Modem Yang Dikeluarkan Intel

KGI – Kesemua iPhone 2018 Akan Menggunakan Modem Yang Dikeluarkan Intel

Diterbitkan pada Feb 5, 2018 oleh .

Pertelagahan diantara Apple dan Qualcomm sudah kami laporkan sejak awal tahun 2017. Ini semua kerana keengganan Apple membayar royalti kepada Qualcomm yang dikatakan pada kadar terlalu mahal. Terkini penganalisa KGI Securities mengatakan kesemua iPhone yang dilancarkan pada tahun ini akan hanya dilengkapi modem keluaran Intel.

Moden tahun akan dipertingkatkan dengan sokongan 4X4 MIMO serta dwi-SIM. Sebelum ini modem keluaran Qualcomm yang digunakan pada iPhone mempunyai sokongan 4X4 MIMO tetapi ia tidak diaktifkan. Walaupun modem Intel mempunyai sokongan dwi-SIM, ini tidak bermakna ia akan digunakan pada iPhone walaupun terdapat ura-ura mengenai beberapa bulan yang lalu.

Ini adalah berita buruk buat Qualcomm yang baru sahaja disaman RM 4.8 bilion oleh Kesatuan Eropah kerana membayar Apple untuk menggunakan modem keluaran mereka.


TIPS & ULASAN