Rekaan Huawei P20 Lite Tertiris Skrin Seakan iPhone X

Rekaan Huawei P20 Lite Tertiris Skrin Seakan iPhone X

Diterbitkan pada Feb 5, 2018 oleh .

Semakin hampir kita kepada tarikh pelancaran rasmi, semakin ligat reka bentuk peranti yang bakal dilancarkan tertiris ke arena web. Selepas nama tiga model Huawei P20 ditiriskan, kini tiba giliran rekaannya pula tertiris.

Dari gambar di atas, ini ialah peranti prototaip yang dilengkapi sistem dwi-kamera dan takuk pada skrin seperti sebuah iPhone X. Rekaan skrin dengan takuk ini tertiris di dalam firmware awal EMUI terkini tahun lalu.  Sistem imbasan wajah seakan Face ID pula diperlihatkan secara rasmi tahun lalu semasa pelancaran Honor View 10. Menurut Huawei, sistem imbasan wajah mereka adalah lebih tepat berbanding pesaing di pasaran.

Sungguhpun begitu saiz takuk pada bahagian atas skrin P20 Lite jauh lebih kecil berbanding iPhone X.  Seperti pada iPhone X pelbagai notifikasi, petanda bateri dari isyarat selular menghimpit takuk skrin ini. Jika ini rekaan akhir Huawei P20 Lite, adalah anda berminat untuk memilikinya kelak.


TIPS & ULASAN