Cari @ Amanz

Avita ialah sebuah jenama pembuat peralatan elektronik yang khusus membuat peranti seperti laptop, perkakasan IoT (Internet of Things) dan juga peranti rumah pintar dari Amerika Syarikat.

Avita kini hadir di pasaran Malaysia melalui laptop-laptop mereka, yang terdiri daripada Avita LIBER, sebuah laptop yang bukan sahaja hadir dengan rekaan yang menarik, tetapi juga spesifkasi yang cukup berkuasa untuk pelbagai jenis bajet.

Laptop Avita LIBER ini hadir dengan dua saiz paparan, termasuklah paparan bersaiz 13.3 inci dan juga 14 inci yang dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel generasi ketujuh, termasuklah Intel Celeron N3350 hinggalah Intel Core i7, pilihan memori DDR4 sebanyak 4GB dan 8GB dan juga storan SSD 128GB, 256GB dan juga 512GB.

Dalam pada itu, laptop Avita LIBER ini juga hadir dengan port USB 3.0 yang mencukupi, pembaca kad microSD dan juga bateri yang mampu bertahan selama 10 hingga 11 jam dengan satu pengecasan penuh.

Apa yang membuatkan laptop Avita LIBER ini cukup menarik sekali ialah ia hadir dengan rekaan warna yang cukup banyak sekali. Jika dilihat di laman sesawang Avita, model Avita LIBER ini hadir dengan 14 rekaan warna yang berbeza, dan menurut jurucakap syarikat tersebut, sebanyak 10 warna akan hadir di pasaran Malaysia buat masa yang terdekat ini.

Laptop Avita LIBER ini akan mula dijual di  Notebook Pro di Digital Mall bermula Februari 10 2018. Pihak Avita juga akan membuka sebuah kedai pop-up di Plaza Low Yat pada Februari 10 dan 11 untuk menjual laptop Avita LIBER ini juga. Dari segi harga, laptop Avita LIBER ini akan dijual bermula pada harga RM1799 hingga RM4399.

  • Info
  • Layari laman sesawang Avita
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd