Yaw VR – Penyelaku Realiti Maya Yang Padat Untuk Kegunaan Di Rumah

Yaw VR – Penyelaku Realiti Maya Yang Padat Untuk Kegunaan Di Rumah

Diterbitkan pada Feb 5, 2018 oleh .

Dunia maya akan dapat diselami dengan lebih realistik jika dipadankan dengan penyelaku yang bergerak seiringan dengan apa yang dilihat. Tetapi penyelaku “4D” yang wujud di pasaran dijual pada harga yang diuar kemampuan majoriti pengguna. Tetapi kini versi lebih mampu milik boleh dimiliki dengan wujudnya Yaw VR Compact Portable Motion Simulator.

Penyelaku padat ini direka khas untuk kegunaan di ruang tamu rumah dan hanya seberat 15 kilogram. Ia menggunakan sumber terbuka bagi menyokong platform Samsung Gear VR, HTC Vive, Oculus Rift dan PlayStation VR.

Yaw VR mampu berpusing 360 darjah dan menjongket sehingga 50 darjah. Terdapat ruang untuk pedal kaki dan stereng bagi mereka yang ingin menggunakannya untuk permainan memandu kereta. Yaw VR boleh disokong menerusi Kickstarter dengan harga bermula $890 (~RM 3470) sebuah.


TIPS & ULASAN