Kapal Pemburu Kapal Selam Swalayar Sea Hunter Diserahkan Ke Tentera Laut AS Untuk Ujian Selanjutnya

Kapal Pemburu Kapal Selam Swalayar Sea Hunter Diserahkan Ke Tentera Laut AS Untuk Ujian Selanjutnya

Diterbitkan pada Feb 5, 2018 oleh .

Dron swaterbang kini boleh menggantikan manusia dalam penghantaran barangan. Sedikit-demi sedikit tugas yang dianggap remeh oleh manusia akan diambil alih oleh robot. Di medan peperangan, penggunaan robot serta dron akan mengurangkan bahaya ke atas anggota manusia. Sea Hunter ialah projek kapal pemburu kapal seram swalayar yang dibangunkan oleh DARPA sejak 2012.

Selepas bertahun-tahun menjalani ujian, Sea Hunter kini diserahkan ke tangan Tentera Laut Amerika Syarikat untuk fasa ujian seterusnya. Dengan pengguna dron swalayar, kerja remeh memburu kapal selam tidak lagi memerlukan manusia. Saiznya yang lebih kecil berbanding kapal kelas pemusnah biasa menukarkannya dari dikesan. Pada waktu yang sama jika diserang tiada nyawa manusia akan terkorban. Apabila memulakan operasi di masa hadapan, ia akan termasuk di dalam kategori kapal MDUSVs (Medium Displacement Unmanned Surface Vehicles)

Sea Hunter mampu beroperasi tanpa campur tangan manusia selama 90 hari. Ia dilengkapi sistem sonar dan torpedo untuk memusnahkan musuh yang ditemui. Dron pembunuh kapal selam ini dibangunkan bagi mengatasi ancaman kapal selam diesel yang semakin banyak dibina oleh negara seperti China. Sistem Tujahan Bebas Udara (Air Independent Propulsion) kapal selam diesel ini adalah lebih senyap berbanding sistem nuklear. Amerika melihat ini sebagai ancaman terhadap armada mereka dan Sea Hunter ialah jawapannya.

Kos operasi sehari Sea Hunter ialah sekitar $15000 berbanding $700000 menggunakan kapal Destroyer sedia ada. Armada dron Sea Hunter boleh dilepaskan ke kawasan konflik untuk memburu kapal selam musuh dan memusnahkannya sebelum kehadiran kapal pengangkut kapal terbang. Sekiranya semua berjalan lancar, Sea Hunter akan beroperasi secara berangkai dengan dron udara MQ-4C Triton dan P-8 Poseidon yang digunakan dalam operasi mencari MH370 hampir empat yang lalu.


TIPS & ULASAN