Huawei Mate 10 Pro Dengan Pilihan Warna Emas-Jambu Akan Ditawar Bermula 8 Februari

Huawei Mate 10 Pro Dengan Pilihan Warna Emas-Jambu Akan Ditawar Bermula 8 Februari

Diterbitkan pada Feb 5, 2018 oleh .

Huawei Malaysia hari ini telah mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan Huawei Mate 10 Pro dalam pilihan warna emas-jambu di Malaysia bermula 8 Februari 2018 kelak.

HUAWEI Mate 10 Pro

Huawei Mate 10 Pro hadir dengan menggunakan skrin 6-inci dengan nisbah 18:9 dilengkapi rekaan nirbingkai, cip Kirin 970, memori 6GB RAM dan ruangan storan 128GB. Melengkapkan ia adalah dwi-kamera belakang selain dilengkapi bateri berkapasiti 4000mAh.

Huawei Mate 10 Pro juga dilengkapi sistem operasi Android 8.0 Oreo, serta menawarkan sokongan kalis air.

Huawei Mate 10 Pro dengan warna emas-jambu ini akan dijual pada harga RM3099 bermula 8 Februari 2018.


TIPS & ULASAN