HTC Mempertontonkan Telefon Generasi Akan Datang Dengan Sokongan Rangkaian Berkelajuan Tinggi
HTC

HTC Mempertontonkan Telefon Generasi Akan Datang Dengan Sokongan Rangkaian Berkelajuan Tinggi

Diterbitkan pada Feb 5, 2018 oleh .

HTC kini melalui sebuah acara khas di Taiwan, dilihat mempertontonkan beberapa teknologi baru, termasuk telefon pintar generasi akan datang mereka dengan sokongan rangkaian pra-5G. Daripada demo yang dipertontonkan, ia menunjukkan telefon pintar HTC berupaya menawarkan kadar muat-turun mencapai lebih 800Mbps – dan tidak mustahil dengan lebih pengoptimasian, kita akan melihat ia mencapai lebih 1Gbps.

Menurut laporan daripada Sogi, pihak HTC dijangka memasarkan telefon pintar dengan teknologi rangkaian baru ini pada tahun ini. Selari dengannya, menguatkannya lagi, evleaks mengatakan ia adalah HTC U12 yang bakal hadir tidak lama lagi.

Seperti biasa, kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai telefon pintar ini dalam bulan-bulan akan datang.


TIPS & ULASAN