Telefon Pintar Dengan Skrin Berasaskan “Berlian” Dijangka Hadir Pada 2019

Telefon Pintar Dengan Skrin Berasaskan “Berlian” Dijangka Hadir Pada 2019

Diterbitkan pada Feb 6, 2018 oleh .

Pada hari ini, salah satu perkara yang kurang digemari ramai adalah skrin kaca yang mudah retak atau calar apabila terjatuh dan sebagainya. Ia sedia dikukuhkan dengan kombinasi teknologi seperti Gorilla Glass dan sebagainya – tetapi masih tidak memadai.

Kini, Akhan Semiconductor, salah satu syarikat yang terkenal dalam pembangunan dan pengeluaran berasaskan nanokristal menyasarkan untuk hadir dengan skrin berasaskan berlian-makmal seawal 2019 kelak.

Dengan penggunaan skrin berasaskan berlian ini, ia sekaligus menawarkan ketahanan yang lebih baik berbanding penggunaan kaca biasa. Pembangunnya sedang cuba mengatasi beberapa masalah buat masa ini, termasuk kadar pantulan dan sebagainya ketika menggunakan.

Buat masa ini, ia masih pada peringkat ujian dengan salah satu pengeluar telefon pintar. Akhan tidak mengeluarkan nama pengeluar berkenaan – dan mungkin ia akan terjawab sepenuhnya pada tahun hadapan.


TIPS & ULASAN