Turing Robotics Industries ialah syarikat yang menghasilkan peranti bagi mereka yang mementingkan privasi data peribadi. Turing Phone Appassionato yang dilancarkan tahun lalu menjanjikan sistem penyulitan pada perkakasan bagi memastikan ia lebih sukar digodam berbanding yang berasaskan perisian.
Menurut laporan media Finland, syarikat ini telah memfailkan notis muflis. Kesemua aset syarikat telahpun dirampas oleh penghutang sejak Januari 2017. Syarikat juga melaporkan kerugian €557,000 (~RM 2.7 bilion) untuk tahun 2016. Turing Robotics Industries mempunyai kemudahan pengilangan di bandar Salo yang diambil alih oleh Nokia. Malahan ramai jurutera dan pekerja TRI adalah bekas pekerja Nokia.
Walaupun notis telah difailkan di Finland. CEO TRI, Syl Chao telah mengeluarkan kenyataan rasmi menerusi Facebook bahaya syarikat masih belum muflis. Notis difailkan sekadar untuk menggantung pengeluaran di Salo. Tidak diketahui apakah akan terjadi kepada peranti yang telah ditempah oleh pelanggan sejak setahun yang lalu.