Aplikasi Google+ Untuk Android Akan Menerima Nafas Baru

Aplikasi Google+ Untuk Android Akan Menerima Nafas Baru

Diterbitkan pada Feb 6, 2018 oleh .

Google+ merupakan perkhidmatan sosial daripada Google yang mana boleh dikatakan agak kurang popular dan tidak begitu dikenali ramai. Namun, ia mempunyai sejumlah pengguna yang masih aktif – dan Google sendiri tidak melupakan perkhidmatan berkenaan.

Kini, pihak Google mengatakan yang mana dalam beberapa hari akan datang. Versi baru ini akan dibangunkan kembali dari asas – termasuk pembaharuan pada ciri-ciri teras, beberapa animasi , gaya paparan gambar, dan sebagainya.

Nafas baru ini dikatakan tidak akan memberikan perubahan tinggi pada antaramuka, dan lebih kepada menawarkan pengalaman yang lancar dikalangan pengguna.

Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai penawaran Google+ baru ini selepas ia dilancarkan secara rasmi dalam beberapa hari akan datang.


TIPS & ULASAN