Carian
Samsung Mengesahkan Mereka Membina Cip ASIC Untuk Pelombong Kriptowang Dari China
February 6, 2018 ā€¢ Nazrin

Samsung kini boleh dikatakan salah satu, jika bukan pembina cip semikonduktor terbesar di dunia sekarang. Boleh dikatakan semua peranti elektronik di dunia memerlukan cip-cip seperti ini, termasuklah peranti pintar, televisyen, dan apa-apa sahaja yang memerlukan kuasa perkomputeran untuk melakukan tugas-tugas yang sepatutnya.

Terkini, Samsung mengesahkan dimana mereka sedang membina cip ASIC (Application Specific Integrated Circuit) yang digunakan khusus untuk tugas-tugas spesifik, misalnya melombong kriptowang khusus seperti Bitcoin. Ini juga mengesahkan desas-desus bahawa Samsung telah menerima tempahan besar untuk cip-cip ASIC ini dari pelanggan-pelanggan pelombong kriptowang dari China.

Untuk Samsung, ini merupakan satu pasaran dimana mereka berpeluang untuk mengaut keuntungan yang cukup besar sekali, kerana tidak banyak syarikat mempunyai kepakaran dan kemudahan untuk membina cip-cip ASIC tersebut.

Penggunaan cip ASIC untuk tujuan melombong bukanlah sesuatu yang baru, kerana TSMC, sebuah lagi syarikat pembina cip elektronikĀ  yang terkemuka sudahpun mula mengeluarkan cip ASIC untuk golongan pelombong digital ini, dengan rekaan dari syarikat-syarikat seperti Bitmain dan Canaan Creative.

Buat masa ini, cip ASIC yang dibina oleh Samsung ini adalah khusus untuk pelanggan-pelanggan mereka di China, tetapi kami harap ini adalah satu permulaan dimana harga-harga komponen komputer seperti kad grafik akan lebih murah dan stabil tidak lama lagi.

Komen