Honor Dan Gameloft Akan Anjur Kejohanan Untuk Permua Modern Combat Versus

Honor Dan Gameloft Akan Anjur Kejohanan Untuk Permua Modern Combat Versus

Diterbitkan pada Feb 6, 2018 oleh .

Honor sebelum ini telah bekerjasama dengan penerbit permainan Mobile Legends dalam mengadakan beberapa pertandingan e-sukan tempatan, dan pada masa yang sama memposisikan telefon pintar mereka sebagai mesra permua. Kini, selain daripada Mobile Legends, Honor turut mengumumkan kerjasama dengan Gameloft untuk permua Modern Combat Versus.

Modern Combat Versus

Modern Combat Versus merupakan permua yang menawarkan bentuk permainan FPS, dan membolehkan anda bersaing dalam permainan 4-lawan-4 secara atas-talian.

Untuk kejohanan khusus ini, bermula 11 Februari, pengguna boleh menyertai acara khusus yang ditawarkan dan bersaing untuk memenangi hadiah berjumlah €10,000. Kejohanan ini dibuka kepada pengguna dari Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol, India dan juga Malaysia, dan pusingan akhir dijangka berlangsung pada bulan April kelak.

Bagi anda yang berminat, boleh mendaftar hari ini, dan menyertai yang lain untuk bersaing memenangi ganjaran hadiah yang ditawarkan.

Layari : Agent of Honor


TIPS & ULASAN