Kerajaan Pertimbangkan E-Sukan Sebagai Sebahagian Kokurikulum Sekolah

Kerajaan Pertimbangkan E-Sukan Sebagai Sebahagian Kokurikulum Sekolah

Diterbitkan pada Feb 7, 2018 oleh .

Arena e-sukan boleh dikatakan berkembang pesat sejak setahun dua ini, menyaksikan pelbagai pihak memberikan perhatian serius terhadapnya. E-Sukan juga dijangka dipertandingkan pada pelbagai sukan antarabangsa, termasuk pada Sukan Asia akan datang.

Bercakap mengenainya, kini ia dilaporkan yang mana Kementerian Pendidikan sedang mempertimbangkan untuk menyertakan e-sukan sebagai sebahagian daripada sukatan pelajaran atau kokurikulum di sekolah.

Ia dikatakan yang mana Kementerian Pendidikan akan melihat kepada cadangan daripada Kementerian Belia dan Sukan berkaitan hal ini, dan berbincang lanjut serta melihat modul berkaitan dengannya.

Buat masa ini, Kementerian Pendidikan mengalakkan mana-mana sekolah yang ingin mewujudkan kelab e-sukan tersendiri, tetapi seperti semua sedia maklum, turut memahami akan kekangan kewangan yang dihadapi oleh sekolah untuk tujuan berkenaan.


TIPS & ULASAN