Cari @ Amanz

Sistem dwi-kamera sudah mula dilihat pada peranti kelas pertengahan dan permulaan sejak tahun lalu. Sungguh pantas sekali sistem yang pada mulanya hanya ditemui pada peranti utama digunakan pada semua kelas peranti pintar. Samsung juga mula menggunakan dwi-kamera pada Galaxy Note 8, J7+ dan Galaxy A8 (2018). Semalam mereka melancarkan Isocell Dual, sensor dwi-kamera untuk peranti kelas permulaan dan pertengahan.

Menurut Samsung kebanyakan pengeluar mengalami kesukaran mengintegrasikan dwi-kamera dengan perisian. Oleh itu Isocell Dual turut hadir dengan sokongan perisian yang dioptimasikan. Pelbagai algoritma telah disediakan bagi menghasilkan kesan khas bokeh atau meningkatkan kemampuan menangkap gambar dalam pencahayaan yang rendah (LLS).

Pergantungan Isocell Dual kepada algoritma membolehkannya digunakan pada peranti yang tidak dilengkapi pemproses berkuasa yang mempunyai ISP terbina. Isocell Dual hadir dengan kombinasi sensor 13+8 Megapixel untuk fotografi bokeh atau kombinasi 8+8 Megapixel untuk menangkap gambar lebih terang pada waktu malam.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd