Markah Penanda Aras Untuk Xiaomi Mi Mix 2S Tertiris – Lebih Tinggi Berbanding Mi Mix 2

Markah Penanda Aras Untuk Xiaomi Mi Mix 2S Tertiris – Lebih Tinggi Berbanding Mi Mix 2

Diterbitkan pada Feb 7, 2018 oleh .

Menurut laporan terkini, trend pengeluaran telefon pintar Xiaomi kini berubah. Xiaomi kini akan meneruskan mengeluarkan dua peranti utama pada setiap tahun. Tahun lepas mereka telah melancarkan Mi Mix 2 dan juga Mi 6. Tahun ini berkemungkinan Mi Mix 2S dan juga Mi 7 pula dilancarkan.

Menurut beberapa sumber, Xiaomi Mi Mix 2S adalah variasi Mi Mix 2 yang lebih berkuasa dengan cip pemprosesan Snapdragon 845. Ada juga yang mengatakan Xiaomi adalah syarikat pertama yang akan melancarkan telefon pintar yang dikuasakan Snapdragon 845 di MWC 2018 penghujung bulan ini.

Jika dilihat pada imej di atas, Mi Mix 2S mencatatkan markah yang agak tinggi dalam Antutu. Jumlah markah tersebut dinilai daripada sudut UX, CPU, GPU dan juga memori.

Walaupun dalam Antutu peranti ini tidak disenaraikan sebagai Mi Mix 2, tetapi nama Polaris adalah kod nama bagi peranti tersebut. Gambar yang tersebar juga mengatakan Mi Mix 2S akan mempunyai rekaan seakan iPhone X iaitu mempunyai takuk pada bahagian atas skrin.


TIPS & ULASAN