Perkhidmatan Berkhatan Di Angkasa Lepas Dan Dasar Laut Secara Maya Ditawarkan Di Indonesia

Perkhidmatan Berkhatan Di Angkasa Lepas Dan Dasar Laut Secara Maya Ditawarkan Di Indonesia

Diterbitkan pada Feb 7, 2018 oleh .

Proses berkhatan ialah sesuatu yang dilalui hampir semua insan Muslim di Malaysia. Bagi kanak-kanak lelaki, prosedur berkhatan di lalui ketika berusia di antara 9-12 tahun. Secara peribadi proses ini akan menakutkan kerana mereka dapat melihat sendiri kemaluan dipotong dan dijahit.

Di Rumah Sunatan yang terletak di Bekasi Indonesia, ketakutan proses berkhatan dikurangkan dengan memakai peranti realiti maya. Pesakit memakai peranti realiti maya ketika prosedur dilakukan. Mereka boleh menyelam di dasar laut atau meneroka angkasa lepas secara maya tanpa perlu melihat apa yang berlaku di dunia sebenar. Ini mungkin penggunaan realiti maya paling kreatif pernah kami lihat setakat ini.

Sumber Rumah Sunatan menerusi LowYat.Net


TIPS & ULASAN