Bagi anda yang baru mendapatkan peranti baru daripada Acer, kini pengeluar komputer berkenaan bekerjasama dengan Dropbox dalam menawarkan storan percuma di Dropbox.
Sekiranya anda menggunakan peranti Acer baru, anda boleh ke laman khusus yang disediakan oleh Acer hari ini, dan menebus storan percuma 25GB di Dropbox. Storan percuma ini adalah tambahan kepada 2GB yang ditawarkan secara percuma di Dropbox.
Storan percuma ini selama setahun, dan selepas setahun, storan di Dropbox anda akan kembali seperti biasa asalnya. Acer menawarkan storan Dropbox tambahan percuma ini sehingga 31 Disember 2018 kelak.
Tebus : Acer x Dropbox