Cari @ Amanz

Google pada tahun lepas telah menguji aplikasi Chrome dengan meletakkan bar alamat URL pada bahagian bawah dan bukannya di atas seperti pada hari ini. Melaluinya, ia ingin memudahkan pengguna membuat input alamat atau carian kata kunci dengan lebih pantas – terutamanya pada peranti berskrin besar.

Chrome Beta

Namun, kini beberapa laporan awal hadir mengatakan Google mungkin akan membatalkan pengenalan ciri berkenaan. Daripada penemuan Android Police, pembangunan berkenaan dilabelkan telah dihentikan, dan eksperimen “Chrome Home” ini ditamatkan buat masa ini.

Versi pembangunan terbaru Chrome juga dilihat telah mematikan ciri berkenaan dan tidak lagi aktif seperti sebelum ini.

Chrome Beta

Pihak Google masih tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan hal ini. Mungkinkah Google telah membatalkan projek ini, atau mereka sedang berkira-kira untuk hadir dengan sebuah projek ganti baru untuknya dengan konsep lebih baik?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd