Carian
Kawasan RNR Ayer Keroh Mula Mengimplementasi Transaksi Nirtunai
February 7, 2018 Aman

PLUS hari ini mengumumkan kerjasama dengan Boost, iaitu salah satu aplikasi dompet digital yang memudahkan transaksi nirtunai. Melalui kerjasama ini, Kawasan Rehat dan Rawat Ayer Keroh akan mula menggunakan Boost untuk tujuan transaksi nirtunai.

Boost Plus

Kawasan RNR Ayer Keroh ini mempunyai kunjungan lebih 1.45 juta pengguna setiap hari, dan ini menjadikan penggunaan nirtunai disana sebagai permulaan – sebelum PLUS memperluaskan inisiatif penggunaan nirtunai sepanjang lebuhraya.

Dengan menggunakan Boost, pengguna hanya perlu mengimbas kod QR di pekedai-pekedai, dan seterusnya pengguna boleh memasukkan amaun bayaran. Sebelum itu, pengguna perlu menambah kredit pada dompet digital Boost berkenaan.

Sebelum ini, Boost turut telah bekerjasama dengan beberapa institusi pendidikan, dan turut digunakan di sejumlah kendera saji sekitar Lembah Klang.

Komen