Sistem Jejak Dan Kesan Di Laman Web Pos Malaysia Mengalami Gangguan Sementara Waktu

Diterbitkan pada Feb 7, 2018. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Laman Pos Malaysia adalah salah satu laman yang sering dikunjung ramai pengguna – terutamanya untuk menyemak dimanakah lokasi semasa untuk barangan yang dihantar kepada mereka.

Namun, untuk sementara waktu ini, Pos Malaysia mengumumkan yang mana sistem jejak dan kesan pada laman web mereka mengalami gangguan. Gangguan ini memberikan kesan kepada pemantauan produk Pos Laju, EMS dan juga Bungkusan.

Pos Malaysia Track

Pos mengatakan buat masa ini mereka memfokuskan kepada pemulihan sistem berkenaan. Tiada sebarang tarikh yang diberikan oleh pihak Pos Malaysia buat masa ini.

Walaupun mengalami gangguan pada sistem jejak dan kesan di laman web Pos Malaysia, namun, ia tidak memberikan kesan kepada penghantaran barangan kepada pengguna.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami