Xiaomi Mi Mix 2 Edisi Khas Dengan 8GB RAM, 128GB Storan Kini Di Malaysia – Berharga RM2699

Xiaomi Mi Mix 2 Edisi Khas Dengan 8GB RAM, 128GB Storan Kini Di Malaysia – Berharga RM2699

Diterbitkan pada Feb 7, 2018 oleh .

Xiaomi Malaysia hari ini turut telah mula menawarkan telefon pintar nirbingkai edisi khas mereka, iaitu Mi Mix 2 SE. Ia menawarkan spesifikasi yang lebih kurang sama seperti versi asal, tetapi hadir dengan pilihan warna putih, memori 8GB RAM, dan storan 128GB.

Mi Mix 2

Spesifikasi lain seperti penggunaan skrin 5.99-inci, cip Snapdragon 835, dan bateri berkapasiti 3400mAh. Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang 12-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel.

Mi Mix 2 SE (Edisi Khas) ini ditawarkan di Malaysia pada harga RM2699.

Beli : Mi Mix 2 Special Edition


TIPS & ULASAN