Lukisan Skematik Nubia Z19 Tertiris Dengan Rekaan Seakan Essential Phone
Artikel Berkaitan

Lukisan Skematik Nubia Z19 Tertiris Dengan Rekaan Seakan Essential Phone

Diterbitkan pada Feb 8, 2018 oleh .

Lakaran skematik telefon pintar Nubia baru sahaja tertiris. Dengan rekaan yang tampak premium dan menarik ini, berkemungkinan sekali ianya adalah peranti utama daripada Nubia iaitu Nubia Z19. Di dalam imej pengolokan di bawah, takuk pada skrin adalah kecil mirip sebuah Essential Phone.

Kamera hadapan telefon pintar ini mempunyai kemasan dengan bulatan berwarna merah. Ini mungkin bagi menggantikan rekaan bulatan warna merah pada butang home yang ditemui pada kesemua peranti Nubia sebelum ini. Bingkai telefon pintar ini kelihatan nipis pada bahagian atas dan sedikit tebal pada bahagian bawah, sementara di bahagian sisi kelihatan hampir nirbingkai. Sementara pada bahagian belakang terdapat sistem dwi-kamera mendatar dengan pengimbas cap jari berbentuk bulat di bawahnya.

Jika ini benar lakaran skematik ini adalah Nubia Z19, ia berkemungkinan akan dijana oleh cip pemprosesan Snapdragon 845 dan ia akan muncul pada pertengahan tahun.


TIPS & ULASAN