Cari @ Amanz

Kebangkitan semula tayangan filem 3D di panggung wayang adalah kerana kejayaan filem Avatar pada tahun 2009. Apa yang dilakukan oleh James Cameron ialah menggunakan teknologi 3D baru untuk memaparkan imej yang lebih hidup. Tetapi apabila menggunakan kaca mata 3D di dalam panggung, kami yakin ramai menyedari gambar di skrin adalah lebih gelap berbanding menonton filem 2D biasa.

Samsung 3D Cinema LED yang dilancarkan semalam ialah penyelesaian yang cuba dibawakan oleh Samsung. Kepakaran mereka dalam menghasilkan televisyen 3D serta Samsung Cinema Screen tahun lalu digunakan pula untuk paparan 3D. Samsung 3D Cinema LED menyokong paparan pada resolusi 4K, HDR dan Infinite True Black.

Menurut Samsung dengan teknologi LED, filem yang ditonton menggunakan kaca mata 3D kini mempunyai keterangan yang sama seperti paparan filem 2D. Pada waktu yang sama kerana ia adalah skrin LED, penonton akan dapat melihat filem pada keterangan yang sama tidak kira di mana mereka duduk di dalam panggung.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd