Salah satu ciri yang dinantikan ramai pada Instagram dan masih belum ada sehingga hari ini adalah sokongan perkongsian semula pengguna lain, atau dikenali ramai sebagai “Regram”. Beberapa aplikasi pihak ketiga menawarkannya, tetapi tidak untuk Instagram sehingga kini.
Namun, ia mungkin berubah tidak lama lagi.
Kini, Instagram didapati telah menguji ciri berkongsi gambar dan video daripada pengguna lain kembali dibawah akaun anda – tetapi dengan menerbitkannya di Instagram Stories.
Pengguna boleh memilih perkongsian awam daripada sebarang pengguna, memilih untuk berkongsi, dan menerbitkannya terus ke Instagram Stories. Seperti biasa, anda boleh menambah teks dan beberapa kesan khas diatasnya sebelum berkongsi ke Instagram Stories.
Ciri baru ini sedang diuji oleh pihak Instagram dikalangan segelintir kecil pengguna – dan mungkin diperluaskan berdasarkan kepada maklumbalas ramai. Secara tidak langsung, ia juga akan meningkatkan perkongsian pengguna di Instagram Stories.
Bagi anda, adakah anda akan menggunakan ciri ini jika ia diperkenalkan secara meluas?