Google Dilaporkan Sedang Membangunkan Konsol Dan Perkhidmatan Penstriman Permainan

Google Dilaporkan Sedang Membangunkan Konsol Dan Perkhidmatan Penstriman Permainan

Diterbitkan pada Feb 8, 2018 oleh .

Google pada hari ini sedia menyokong perkhidmatan penstriman langsung yang membolehkan anda menstrim permainan yang sedang dimainkan terus ke YouTube dengan mudah. Kini, selain daripada itu, Google dilaporkan sedang membangunkan beberapa perkhidmatan baru yang memfokuskan kepada para peminat permainan video.

Menurut The Information, Google sedang membangunkan sebuah perkhidmatan penstriman permainan seumpama GeForce Now – yang mana akan membolehkan pemain strim kandungan permainan melalui internet, dan memainkan ia dimana-mana walaupun mempunyai perkakasan dengan spesifikasi rendah. Projek ini dikatakan dikenali dengan nama “Yeti” buat masa ini.

Yeti ini dikatakan telah melalui beberapa fasa pembangunan, termasuk salah satunya dengan sokongan Chromecast bagi memudahkan anda menikmati permainan video.

Disamping itu, melengkapkannya juga adalah Google dijangka menawarkan sebuah konsol khusus yang menyokongnya. Google juga dikatakan sedang berbincang dengan pelbagai pembangun permainan yang lain untuk tujuan penawaran khusus ini.

Dengan industri permainan video yang semakin berkembang pesat, tidak mustahil untuk kita melihat Google turut memfokuskan terhadap arena ini. Google sendiri sebelum ini telah mencuba beberapa projek berkaitan dengannya, termasuk sebelum ini dikatakan telah membangunkan konsol permainan berasaskan Adnroid tetapi dibatalkan pembangunannya.


TIPS & ULASAN