Pada hari ini, ketika melayari web, salah satu perkara yang mungkin boleh dikatakan menganggu adalah pop-up pada beberapa laman web yang bertanyakan sama ada ingin menghantar notifikasi atau sebaliknya. Sementara ia mungkin berguna di beberapa web – seperti pada web permesejan Telegram atau WhatsApp, namun, ia sering disalah-guna oleh sejumlah laman web dan ia mungkin menganggu anda.
Seperti biasa, anda boleh menghalangnya pada setiap web secara manual – sekaligus mengatasi masalah berkenaan. Atau, anda juga turut boleh melakukannya dengan menghalang paparan notifikasi berkenaan secara menyeluruh melalui halaman tetapan di Chrome.
Untuknya, terlebih dahulu anda perlu ke laman chrome://settings/content/notifications
(perlu salin-tampal ke bar URL Chrome). Pada tetapan dibawah Notifications, anda boleh mengubah ia daripada Ask Before Sending kepada Blocked – sekaligus tiada lagi pop-up pertanyaan akan keluar apabila anda melayari sesuatu web.
Anda turut boleh melakukan perkara sama di Android, dengan pergi ke Chrome, memilih Settings, dan memilih Site Settings. Seterusnya dibawah Notifications, anda boleh membuat penukaran kepada Blocked.
Bagi anda yang tidak mengemari akan paparan notifikasi pop-up ketika melayari web, ini mungkin penyelesaian ringkas untuk anda.