Cari @ Amanz

Lanjutan daripada laporan tempoh hari yang mengatakan guru tidak boleh membawa dan menggunakan telefon di dalam kelas, hari ini Timbalan Menteri Pendidikan mengulas lanjut mengenainya.

Menurut beliau, para guru boleh menggunakan peranti sebagai bahan bantu dalam kaedah pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Antara peranti yang boleh digunakan adalah termasuk telefon, tablet dan juga komputer – sekaligus membawa pengajaran seiring dengan era abad ke-21 kini.

Beliau turut mengatakan yang mana penggunaan peranti untuk urusan persendirian adalah tidak patut, dan penggunaan berkenaan tidak boleh menganggu proses pengajaran dan pemudahcaraan bersama pelajar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd