NFC Boleh Digunakan Walaupun Pengguna Tidak Mengaktifkannya Pada Telefon Android Akan Datang

NFC Boleh Digunakan Walaupun Pengguna Tidak Mengaktifkannya Pada Telefon Android Akan Datang

Diterbitkan pada Feb 8, 2018 oleh .

NFC telah ditawarkan sebagai ciri tambahan pada beberapa peranti Android sejak beberapa tahun lepas. Namun, penggunaan NFC kini semakin mendapat perhatian disebabkan oleh sokongan pembayaran nirtunai dan dompet digital seperti Samsung Pay dan sebagainya.

NFC bukan sahaja wujud untuk pembayaran nirtunai, tetapi juga untuk membuat pemindahan data atau penyambungan kepada gajet-gajet lain. Walaupun NFC sudah diperkenalkan sejak 2011, sehingga kini masih banyak lagi telefon pintar yang tidak menggunakan teknologi NFC sepenuhnya.

Seperti ramai sedia maklum, ciri NFC ini boleh dihidupkan dan dimatikan berdasarkan kepada bila anda ingin menggunakannya. Namun, perkara ini dijangka akan berubah tidak lama lagi. Spekulasi baru ini hadir kerana terdapat barisan kod baharu dalam Android Open Source Project (AOSP) yang menunjukkan potensi baharu dalam penggunaan NFC. Salah satunya, Hardware Abstraction Layer (HAL) menunjukkan NFC HAL membenarkan sistem Android mengaktifkan cip NFC. Apa yang baharu mengenai NFC HAL ini ialah, ia mempunyai barisan kod “power off use case” iaitu kebenaran sistem Android menggunakan NFC walaupun ianya ditutup oleh pengguna.

Berkemungkinan sekali, sistem baru NFC ini membenarkan pengguna menggunakannya walaupun bateri peranti sudah lemah ataupun lebih menjimatkan kuasa dan menggunakan tenaga yang rendah. Sistem ini mungkin akan diimplementasikan dalam penggunaan nirtunai contohnya, pengguna lupa mengaktifkan NFC tetapi masih lagi boleh membuat pemabayaran nirtunai, ataupun sekiranya ingin menggunakan NFC ketika keadaan bateri lemah.

Seperti biasa, buat masa ini, perkara ini sekadar spekulasi awal sahaja. Kita mungkin akan mendengar ia secara rasminya selepas kod-kod pembangunan berkenaan mencapai fasa akhir, dan diimplementasikan pada sistem Android sepenuhnya.


TIPS & ULASAN