Pelan Celcom FIRST Kini Menawarkan Tiket Penerbangan Dan Langganan iFlix Percuma Kepada Pelanggan

Pelan Celcom FIRST Kini Menawarkan Tiket Penerbangan Dan Langganan iFlix Percuma Kepada Pelanggan

Diterbitkan pada Feb 8, 2018 oleh .

Apakah faktor pelanggan memilih pelan pasca-bayar? Secara peribadi kami memilih berdasarkan kuota data yang tinggi pada harga yang mampu milik. Pelan Celcom FIRST sebelum ini menawarkan data untuk penstriman sehingga 100GB kepada pelanggan pakej tertentu. Hari ini mereka mengumumkan beberapa keistimewaan baru seperti tiket penerbangan ke destinasi di ASEAN, tiket wayang percuma atau rebat pembelian aplikasi peranti pintar.

Bagi pelanggan Celcom FIRST Platinum Plus dan FIRST Platinum selama 12 bulan, mereka boleh menikmati tiket penerbangan percuma ke mana-mana destinasi ke sembilan negara ASEAN atau menebus dua tawaran bulanan dari rakan perniagaan Celcom. Pelanggan hanya boleh memilih satu daripada dua tawaran ini.  Antara yang ditawarkan ialah tiket wayang percuma dari GSC, voucher 11Street, dua perjalanan percuma menggunakan Grab, voucher Tealive, rebat pembelian Google Play dan rebat pembelian App Store.

Selain daripada itu pelanggan turut boleh menikmati kelebihan lain seperti perayauan di negara ASEAN tanpa had, akses kepada iFlix, Yonder Music dan banyak lagi.

Bagi pelanggan First Gold Supreme, Gold Plus dan Gold selama 12 bulan pula boleh menikmati tiket penerbangan percuma ke mana-mana destinasi di Malaysia atau memilih satu tawaran bulanan dari rakan-rakan perniagaan Celcom seperti diumumkan di atas.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pakej, terma dan syarat sila layari laman rasmi Celcom.


TIPS & ULASAN