Google Di Saman Kerana Masalah Mikrofon Pada Peranti Pixel

Google Di Saman Kerana Masalah Mikrofon Pada Peranti Pixel

Diterbitkan pada Feb 8, 2018 oleh .

Tindakan undang-undang pada industri bukan perkara luar biasa di Amerika Syarikat. Hanya beberapa minggu yang lalu Apple disaman kerana tindakan mereka memperlahankan iPhone apabila bateri tidak berfungsi pada tahap optimum. Terkini tiba giliran Google di saman kerana masalah mikrofon pada Google Pixel 2016.

Selepas pelancaran Google Pixel pada 2016, sebilangan pengguna merungut suara mereka tidak boleh didengari apabila melakukan panggilan telefon. Google kemudian mengeluarkan kenyataan masalah ini berlaku kerana wujudnya retakan pada saduran audio codec kepada papan induk peranti.

Saman ini difailkan oleh firma Girard Gibbs LLP yang turut dalam proses menyaman Google kerana masalah tunaskrin pada Google Pixel 2 XL. Kesemua individu yang diwakili firma ini tidak pernah menghantar semula peranti kepada Google untuk dibaiki. Alasan yang diberikan firma Girard Gibbs LLP ialah masalah audio ini masih berlaku walaupun selepas menjalani proses baik pulih. Adakah di kalangan pembaca Amanz yang pernah mengalami masalah mikrofon ini?


TIPS & ULASAN