Jualan jam tangan pintar mungkin tidak setinggi seperti yang diharapkan. Ramai pengeluar untuk platform Android Wear mula menarik diri sejak tahun lalu. Pada suku ke-empat 2017, Apple Watch ialah jam tangan pintar dengan jualan tertinggi. Tetapi lebih menakjubkan ialah ia turut meletakkan Apple sebagai pengeluar jam tangan terbesar di dunia.
For the first time, #Apple shipped more Apple Watches in 4Q2017, than the entire Swiss Watch Industry shipped watches! Apple is the biggest watch maker in the world #AppleWatch pic.twitter.com/G6M6TJ7uO2
— Francisco Jeronimo (@fjeronimo) February 4, 2018
Menurut IDC, jumlah jualan Apple Watch pada suku ke-empat 2017 adalah lebih tinggi berbanding jumlah jualan kesemua jam tangan keluaran Swiss. Menurut Canalys pula, sebanyak 18 juta Apple Watch terjual sepanjang 2017 dan ini adalah peningkatan sebanyak 54% berbanding jualan sepanjang 2016. Dari angka yang dikongsikan hari ini jelaslah takrifan gagal mengikut standard yang ditetapkan oleh Apple adalah berbeza berbanding standard yang ditetapkan oleh syarikat lain.